Video

Video ini telah memperkenalkan terapi pertuturan secara menyeluruh melalui pelbagai sudut, iaitu dari sudut ibu bapa Micheal, Micheal sendiri serta pakar terapi pertuturan. Dalam video tersebut telah menceritakan keadaan Micheal sebelum menghadiri kelas terapi pertuturan serta perkembangan dia selepas menyertainya dengan temu rama dengan ibu bapa dia. Selain itu, pakar terapi pertuturan telah menyatakan cara untuk membantu Micheal menghadapi masalah bahasa dia serta berusaha untuk membaikinya. Micheal juga telah memberi pandangan dia tentang perkembangan bahasa dia serta usaha yang dijalankan oleh ahli terapi pertuturan.

How do Speech & Language Therapists help children with SLI? In this film, therapy is explained from the perspective of 11 year old Michael, his parents and his teacher. Michael's Speech and Language Therapist explains how work may focus on skills, strategies, self awareness and strengths, as well as supporting adults in the child's life to maximise successful communication with the child. 

http://youtu.be/MpdjP0zHeBc


Ini merupakan video tentang terapi pertuturan untuk seorang budak Autism yang bernama Ben dan berumur 3 tahun setengah. dia merupakan seorang pelajar yang kinestetik dan hyperlexic. Dia telah menghadiri kelas terapi pertuturan selama 2 tahun. guru tersebut telah menggunakan banyak cara yang sangat kreatif serta pelbagai untuk melatih Ben untuk menguasai bahasa tersebut. Dia telah dilatih untuk mematuhi peraturan guru serta menjawab soalan yang ditanya oleh guru bukannya mengulangi percakapan guru.
Speech therapy can be fun and interactive! Ben,3-1/2, has autism. He is a kinesthetic learner and hyperlexic. He has been going 2x a week for almost 2 years


Untuk kanak-kanak yang berkeperluan khas menghadapi masalah bahasa terutamanya tidak dapat menyebutkan perkataan yang khusus contohnya,bunyi B, P, S,L, dan R, ahli terapi ini telah mencipta sebuah lagu yang berkaitan dengan bunyi tersebut supaya kanak-kanak akan membezakan bunyi tersebut serta menyebutkannya. Kaedah ini sangat bersesuaian dengan kanak-kanak berkeperluan khas yang suka akan muzik serta lagu.
A fun way to practice those B's, P's, S's, L's, and R's. Atti loves this!


Guru telah menggunakan alatan teknologi Ipad untuk menyampaikan sesebuah cerita kepada sekumpulan murid-murid. Guru telah memimpin kanak-kanak dalam memberi infomasi yang betul untuk menjadi sesebuah cerita. Jika seseorang murid tidak dapat menyebutkan perkataan tersebut dia akan menghentikan pelajar lain untuk memberi jawapan lalu memberi peluang pelajar yang lemah tersebut bercuba untuk mendapatkan jawapan yang betul. Dalam proses PdP guru tersebut juga akan menggunakan sebutan dalam ipad supaya murid dapat dengar bunyi yang tepat serta meniru bunyi tersebut. Selain itu, guru juga menggunakan applikasi dalam Ipad untuk memberi peluang mereka untuk menjawab soalan. Penggunaan Ipad ini telah menjadikan kelas tersebut berinteraksi serta sangat menarik.


No comments:

Post a Comment