KEPENTINGAN
TERAPI PERTUTURAN
Terapi pertuturan merupakan salah
satu aktivti yang membantu murid untuk mempunyai masalah dengan alat artikulasi
mereka seperti gagap, sengau, sumbing dan sebagainya.
Terdapat beberapa kepentingan terapi pertuturan ini, antaranya ialah, pertama
melatih murid menguasai kemahiran tertentu. Sebagai
contoh, jika terapi pertuturan dijalankan, kita dapat membantu murid menguasai
kemahiran bertutur khususnya. Murid akan dapat bertutur dengan lebih baik
dari semasa ke semasa jika terapi ini terus dijalankan.
Kedua, membantu
murid menghasilkan bunyi bahasa. Hal ini bermaksud,
terapi pertuturan ini dapat membantu murid mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa yang
lebih bermakna. Kebanyakkan murid yang mengalami masalah pertuturan akan
mengeluarkan bunyi yang kurang difahami oleh orang lain. Dengan
pelaksanaan terapi pertuturan, murid dapat menghasilkan bunyi bahasa yang lebih
bermakna.
Ketiga, meningkatkan
kefungsian kognitif, emosi dan sosial. Hal ini bermaksud, terapi
pertuturan ini dapat meningkatkan keyakinan murid untuk berhadapan dengan orang
lain. Sebagai contoh, jika murid yang mengalami masalah pertuturan, sifat
rendah diri mereka untuk bergaul dengan orang lain akan kurang. Apabila
mereka dapat bertutur walaupun bukan sepenuhnya, tahap keyakinan mereka untuk
bergaul dengan orang lain akan meningkat. Selain itu, tahap kognitif mereka
juga akan meningkat daripada pengalaman bergaul denga orang lain.
Keempat, meningkatkan
tahap keupayaan murid. Hal ini bermaksud, tahap keupayaan murid
khususnya bertutur akan lebih meningkat. Sebagai contoh, apabila murid
yang mengalami masalah pertuturan dapat bertutur, hal ini akan memberi kesan
positif dalam diri murid termasuk tahap keupayaan murid dalam bidang lain
seperti pelajaran.
Kelima, membantu
dan merangsang pertuturan dan komunikasi. Hal ini bermaksud, terapi
pertuturan ini dapat membantu merangsang alat-alat pertuturan murid dan
meningkatkan tahap komunikasi murid-murid yang mengalami masalah
pertuturan. Sebagai contoh, apabila terapi pertuturan dilakukan, secara
langsung alat-alat pertuturan seperti mulut, lidah, gigi dan gusi akan bergerak
dan bertindak balas antara satu sama lain. Hal ini akan membantu
murid-murid bertutur dengan cara yang lebih baik dan berkesan. Selain
itu, apabila murid-murid sudah mula menggunakan alat-alat pertuturan dengan
betul, hal ini akan membantu murid-murid berkomunikasi dengan lebih baik.
Keenam, membantu
murid menyampaikan maklumat kepada individu lain. Hal ini
bermaksud, terapi pertuturan ini dapat membantu murid-murid menyampaikan
maklumat dengan betul kepada orang lain dan meluahkan perasaan mereka dengan cara
yang betul. Sebagai contoh, apabila murid-murid bermasalah pertuturan
sudah mula pandai bertutur, mereka akan meluahkan perasaan mereka dengan orang
yang bersesuaian. Apabila mereka mahu makan, mereka akan beritahu dan
tidak terus mencapai makanan yang mereka mahu.
Ketujuh, membantu
meningkatkan kemahiran sosial. Hal ini bermaksud, terapi
pertuturan ini akan meningkatkan kemahiran sosial murid-murid.
Murid-murid akan tahu kemahiran sosial dengan lebih baik. Sebagai contoh,
mereka akan tahu cara untuk bercakap pada tempat dan situasi yang sesuai.
Hal ini juga bermaksud, mereka akan dapat menyesuaikan diri dengan mudah dan
lebih baik apabila bergaul dengan orang lain.
Kelapan, memperbaiki
kualiti hidup dan keyakinan diri. Hal ini bermaksud,
murid-murid akan dapat meingkatkan diri dalam hidup dan dan dalam pergaulan
apabila terapi pertuturan ini berkesan. Sebagai contoh, apabila mereka
dapat bertutur dengan lebih baik, peluang mereka untuk mendapatkan pekerjaan
pada tahap yang lebih tinggi akan wujud dan keyakinan mereka
Sumber:
No comments:
Post a Comment