TERAPI PERTUTURAN
MASALAH
PERTUTURAN YANG DIALAMI OLEH MURID BERKEPERLUAN KHAS
Murid-murid
berkeperluan khas mempunyai pelbagai masalah sama ada ketidakupayaan,
kecacatan, halangan atau rintangan untuk mencapai perkembangan dari segi
kognitif, emosi, sosial atau psikomotor. Mereka terdiri daripada pelbagai
masalah dalam pembelajaran. Untuk membantu mereka pelbagai kaedah terapi dapat digunakan
dalam usaha membantu murid-murid untuk bermasalah pembelajaran mencapai
perkembangan tersebut. Oleh demikian, setiap murid Pendidikan Khas yang
mempunyai kelemahan, kecacatan, halangan atau rintangan tertentu yang
mengganggu mereka menjalani kehidupan seharian atau pembelajaran harus diberi
terapi yang sesuai.
Terdapat
pelbagai jenis dan bentuk terapi yang boleh membantu mereka dalam masalah kanak-kanak
berkeperluan khas. Sebagai contoh, jika murid berkenaan mempunyai masalah
bahasa dan komunikasi, dia boleh menjalani terapi pertuturan. Jika dia
menghadapi masalah dalam pergerakan motor kasar atau halus (psikomotor), dia
boleh didedahkan dengan terapi fisio atau cara kerja.
Pelaksanaan
kaedah terapi ke atas murid haruslah dilakukan oleh mereka yang berpengalaman
dan berpengetahuan seperti doktor atau pakar kesihatan. Walaubagaimanapun,
terdapat beberapa terapi yang boleh dijalankan sendiri oleh ibu bapa dan guru
seperti terapi muzik, terapi seni, terapi pertuturan dan terapi pergerakan.
Namun begitu, untuk menjalankan terapi tersebut, pihak berkenaan haruslah
mendapatkan maklumat atau pengetahuan yang sesuai sama ada melalui pembacaan
atau rujukan pada pakar.
TERAPI
Sebenarnya
terapi merupakan rawatan pemulihan ke atas pesakit yang pernah menghadapi
sebarang penyakit atau kecederaan ( Kamus Perubatan Mosby, 2001). Ini bermaksud
terapi sangat berkait rapat dengan rawatan yang membantu seseorang pulih semula
dari kecederaan atau masalah yang dialami.
Bagaimanapun,
di dalam konteks pendidikan pula, terapi adalah kaedah untuk membantu seseorang
murid untuk bergerakbalas terhadap sesuatu aktiviti atau kemahiran. Hal
ini meliputi pelbagai kaedah yang digunakan oleh guru bagi membantu murid
memberi tindak balas terhadap proses pembelajaran.
PERTUTURAN
Pertuturan
adalah kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat pertuturan
(artikulasi). Menurut Kamarudin Hj. Husin (1987), pertuturan juga merupakan
kemahiran berinteraksi dalam suasana bahasa manusia.
Pertuturan juga
boleh bermaksud bercakap , hasil daripada percakapan , apa yang dituturkan ,
bahasa sesuatu negara atau bangsa ataupun dialek tersendiri sesebuah wilayah
atau tempat.
TERAPI
PERTUTURAN
Terapi
pertuturan adalah masalah dan gangguan pertuturan yang dihadapi oleh seseorang
individu. Hal ini mungkin disebabkan oleh faktor fizikal atau mental.
Contohnya, masalah fizikal kanak-kanak seperti sumbing. Selain itu, ia juga melibatkan
aktiviti yang dijalankan untuk membantu individu yang bermasalah. Latihan atau
intevensi yang dilaksanakan untuk meningkatkan semua aspek komunikasi seperti
pengunaan bahasa isyarat dan simbol-simbol bergambar.
Terapi
pertuturan juga merupakan kaedah yang digunakan untuk membantu murid yang
mengalami kesukaran dalam menyebut perkataan dan berkomunikasi. Ia bertujuan
untuk membantu murid menghasilkan bunyi bunyi bahasa dan melatih
murid-murid yang menghadapi masalah artikulasi melalui latihan asas tertentu.
Sekiranya murid gagal membunyikan perkataan, guru boleh memulakan pengajaran
dengan melakukan terapi terlebih dahulu.
Kebiasaanya,
guru akan memulakan latihan atau intevensi awal supaya dapat membantu
murid. Antara contoh aktiviti terapi pertuturan yang boleh dilakukan
oleh guru ialah latihan lisan, meniup belon, meniup kertas di atas air dan
mengetap bibir.
Perkhidmatan yang diberikan melibatkan penilaian,
diagnosis, konsultasi, dan rawatan untuk kecelaruan yang berkaitan:
Komunikasi
- Masalah
pendengaran / pekak – melibatkan terapi untuk perkembangan kemahiran
mendengar, bahasa dan pertuturan dengan alat bantuan pendengaran atau
implant koklea. Kaedah komunikasi augmentatif dan alternatifmungkin
diperlukan oleh sesetengah pesakit.Masalah komunikasi dewasa – kesukaran
berkomunikasi di kalangan pesakit dewasa yang umumnya disebabkan oleh
strok atau kecederaan otak, Terapi melibatkan strategi berkomunikasi dan
penggunaan komunikasi augmentatif dan alternatif, contohnya penggunaan
gambar (picture communication system) atau gerak badan (gestural
communication).
- Masalah
pragmatik bahasa – kesukaran dalam penggunaan bahasa untuk tujuan sosial
dan berkomunikasi yang lazimnyadialami oleh pesakit yang didiagnosa dengan
autisme (Autism Spectrum Disorder) atau pesakit strok. Terapi
melibatkan penggunaan strategi komunikasi berkesan dan komunikasi
augmentatif dan alternatif.
Bahasa
- Masalah
kelewatan bahasa dan pertuturan kanak-kanak – kelewatan dalam perolehan
kemahiran bahasa dan pertuturan. Melibatkan terapi untuk meningkatkan
kefahaman dan penghasilan bahasa.
- Masalah
bahasa dan pertuturan dewasa – kesukaran dalam kefahaman dan penggunaan
bahasa yang umumnya diakibatkan oleh strok atau kecederaan otak.
Melibatkan rehabilitasi atau pemulihan kefahaman dan penggunaan bahasa.
Pertuturan
- Kecelaruan
bunyi pertuturan – masalah penghasilan bunyi pertuturan (pelat).
Melibatkan terapi bagi memperbaiki cara penghasilan bunyi pertuturan.
- Kecelaruan
suara – masalah suara seperti suara garau atau kasar, dan kehilangan
suara. Melibatkan terapi bagi memperbaiki cara penggunaan suara dan
latihan untuk meningkatkan kualiti suara.
- Kecelaruan
kelancaran pertuturan – masalah kelancaran dalam pertuturan (kegagapan).
Terapi melibatkan penggunaan strategi bagi mengurangkan kegagapan dan juga
latihan bagi memperbaiki cara pertuturan.
- Kecelaruan
resonan – masalah kesengauan yang diakibatkan oleh masalah sumbing bibir
dan/atau lelangit atau kecelaruan neurologi. Melibatkan terapi bagi
memperbaiki cara penghasilan pertuturan dan latihan untuk mengurangkan
kesengauan.
- Masalah apraxia –
kesukaran merancang dan mengkoordinasi pergerakan untuk menghasilkan bunyi
pertuturan dan mengakibatkan kecelaruan percakapan. Terapi melibatkan
latihan bagi memperbaiki koordinasi dan penggunaan kaedah komunikasi
augmentative dan alternatif sekiranya perlu.
- Masalah dysarthria –
kesukaran pertuturan yang diakibatkan oleh kelemahan otot-otot yang
terlibat dalam pertuturan . Terapi melibatkan latihan bagi meningkatkan
kekuatan otot dan penggunaan kaedah komunikasi augmentatif dan alternatif
sekiranya perlu.
Penelanan
- Masalah
penelanan dewasa (dysphagia) – masalah menelan di kalangan pesakit
dewasa yang lazimnya diakibatkan oleh strok, kecelaruan neurologi atau
kanser di bahagian kepala dan leher. Melibatkan penilaian dan diagnosa
masalah sama ada secara subjektif atau objektif (penggunaan skop dan
pengimejan diagnostik) serta konsultasi berkenaan modifikasi diet, dan
latihan untuk meningkatkan kemahiran menelan.
- Masalah
penelanan bayi dan kanak-kanak (feeding) – masalah menelan di
kalangan pesakit kanak-kanak yang lazimnya diakibatkan oleh kecelaruan
genetik (contohnyaDown's syndrome, sumbing bibir dan lelangit, cerebral
palsy, dan sebagainya) atau masalah koordinasi penelanan. Terapi
melibatkan diagnosa masalah sama ada secara subjektif atau objektif
(penggunaan pengimejan diagnostik) serta konsultasi berkenaan cara dan
posisi penyusuan atau penyuapan, serta latihan untuk meningkatkan
kemahiran menelan.
Di Malaysia, sesetengah kanak-kanak layak menerima
perkhidmatan terapi pertuturan, termasuk penilaian dan pengajaran melalui pihak
hospital awam namun kekurangan ahli terapi pertuturan menyebabkan kanak-kanak
tidak dapat rawatan yang efektif hanya berlangsung dalam 2-3 kali setahun. Jika
tidak, dalam pihak swasta kanak-kanak boleh memperolehinya melalui pelajaran
peribadi dengan Ahli Terapi Pertuturan yang bersijil ataupun melalui internet
dan dikenali sebagai telepractice. Alatan
Telekomunikasi seperti Skype sedang digunakan sebagai satu cara untuk mengakses
lokasi yang jauh dalam amalan terapi swasta, terutamanya di selatan New
Zealand. Namun teknologi tersebut belum memasuki negara malaysia kerana
kekurangan ahli terapi pertuturan serta kesedaran tentang kepentingan
menghantar anak ke rawatan.
No comments:
Post a Comment