Kanak-kanak berkeperluan khas yang telah menerima pendidikan mereka di sekolah pendidikan khas akan diberi peluang untuk mendapatkan lawatan ke hostipal untuk terapi pertuturan. Di bawah merupakan contoh kertas kerja untuk membawa kanak-kanak berkeperluan khas untuk ke hostipal untuk menerima nasihat ahli terapi pertuturan serta guru dapat mengadakan sesi interaksi dengan ahli terapi pertuturan.
1.0 Pengenalan
Program
Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran, Sekolah Kebangsaan Sungai Kantan
Kajang, terdiri daripada murid-murid istimewa dari pelbagai katergori seperti
Autism, Hiperaktif, Sindrome Down dan kerencatan mental. Kebanyakan murid-murid
dalam program pendidikan khas ini menghadapi masalah dalam aspek pertuturan, sebagai
contohnya masalah gagap, masalah artikulasi yang tidak dapat menyebut bunyi
pertuturan dengan betul, dan juga penggunaan nada dan kekuatan suara yang tidak
sesuai dengan keadaan. Dengan sebab ini, kanak-kanak berkeperluan khas tidak
dapat berkomunikasi dengan orang sekeliling dan memberitahu niat mereka.
Sebagai
guru unit pendidikan khas, kami ingin memperkenalkan mereka dengan kaedah
terapi pertuturan. Terapi pertuturan merupakan kaedah yang digunakan untuk
membantu murid yang mengalami kesukaran dalam menyebut perkataan dan
berkomunikasi. Untuk menbolehkan kanak-kanak mendapat pendedahan awal dengan aktiviti
yang dijalankan dalam waktu interaksi dengan pakar pertuturan. Selain itu, guru
dapat mempelajari serta lebih memahami teknik efektif untuk membantu murid
bermasalah bahasa dan komunikasi mengatasi masalah mereka. Melalui lawatan ini,
perkenalan terapi ini kepada ibu bapa supaya mereka dapat menghantar
kanak-kanak mengikuti sesi terapi pertuturan.
2.0 Tajuk
Program
Lawatan ke Hospital Pakar KPJ Kajang untuk mendekati Terapi Pertuturan
3.0 Pengelola
Guru
Unit Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Kebangsaan Sungai
Kantan
4.0 Asas Pertimbangan
Program
ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada murid-murid berkeperluan
khas tentang sesi terapi pertuturan. Selain itu, program ini bertujuan untuk
memenuhi keperluan akademik Program Pendidikan Khas.
5.0 RASIONAL
Terapi pertuturan ini bertujuan untuk mendedah
murid-murid keperluan khas mengenai teknik serta kaedah untuk membantu mereka menghadapi
masalah berbahasa dan berkomunikasi.
Latihan atau intevensi yang dilaksanakan untuk meningkatkan semua aspek
komunikasi seperti pengunaan bahasa isyarat dan simbol-simbol bergambar.
Terapi pertuturan merupakan kaedah yang digunakan
untuk membantu murid yang mengalami kesukaran dalam menyebut perkataan dan
berkomunikasi. Ia bertujuan untuk membantu mereka menghasilkan bunyi-bunyi
bahasa dan melatih murid-murid yang menghadapi masalah artikulasi melalui
latihan asas tertentu
Melalui terapi pertuturan, ahli terapi pertuturan
dapat melatih murid menguasai kemahiran tertentu tentang cara bertutur. Selain
itu, terapi pertuturan juga membantu murid menghasilkan bunyi-bunyi bahasa dan
juga meningkatkan kefungsian kognitif, emosi dan sosial individu. Di samping
itu, tahap keupayaan murid khususnya bertutur akan lebih meningkat.
Teknik terapi pertuturan yang dilakukan oleh pakar terapi
pertuturan boleh diaplikasikan oleh guru dalam kelas pendidikan khas. Jadi
adalah diharapkan lawatan ini dapat memberi pendedahan dan pengalaman baru
kepada guru serta murid-murid berkeperluan khas tentang aktiviti terapi
pertuturan seperti meniup balon, membuat latihan lisan dan mengetap bibir yang
boleh guru aplikasikan di dalam kelas pendidikan khas nanti.
6.0 Matlamat
6.1 Mengeratkan hubungan silaturahim antara murid-murid Program
Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Kebangsaan Sungai Kebangsaan
6.2 Melengkapkan keperluan akademik Program Pendidikan
Khas Bermasalah Pembelajaran
6.3 Memberi pengalaman kepada murid-murid Program
Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran dalam sesi terapi pertuturan
7.0 Objektif
7.1 Membolehkan murid-murid menguasai kemahiran
pertuturan serta membantu murid menghasilkan bunyi bahasa
7.2 Membantu murid-muird meningkatkan kefungsian
kognitif, emosi dan sosial. Meningkatkan keyakinan murid untuk berhadapan
dengan orang lain.
7.3 Membantu merangsang alat-alat pertuturan murid dan
meningkatkan tahap komunikasi murid-murid yang mengalami masalah pertuturan.
1.0 KUMPULAN
SASARAN
|
Bil
|
Perkara
|
Jumlah
|
|
1.
|
Murid-murid Pendidikan Khas
|
11 orang
|
|
2.
|
Guru pengiring
|
2 orang
|
|
3
|
Pembantu Pengurusan Murid
|
1 orang
|
|
Jumlah
|
13 orang
|
|
2.0 TARIKH
Rabu, 20 Ogos 2014
10.0 TEMPAT
Hospital Pakar KPJ Kajang
Jalan Cheras, 43000 Kajang, Selangor
11.0 PENGANGKUTAN
Semua
murid akan menaiki kereta guru pengiring
dan pembantu pengurusan murid .
12.0 JAWATANKUASA
PELAKSANA
|
Penaung
|
:
|
Pn. Noor Raizura bt Sofian
|
|
Guru Pengiring
|
:
|
Tor Lu Yen
|
|
|
|
Lee Sue Jane
|
|
Pembantu Pengurusan Murid
|
:
|
Fatimah binti Abdullah
|
|
Pengerusi
|
:
|
Lee Xiao Tong
|
|
Naib Pengerusi
|
:
|
Kelly Tan
|
|
Setiausaha
|
:
|
Sharmiladevi a/p Selvarajoo
|
|
Bendahari
|
:
|
Low Macie
|
|
AJK Perhubungan
|
:
|
Grace Chow Su Un
|
|
AJK Pengangkutan
|
:
|
Kesawaartini a/p Sarkunan
|
|
AJK Cenderahati
|
:
|
Wong Mei Ti
|
|
AJK Makanan
|
:
|
Low Jing Xian
|
|
AJK Dokumentasi
|
:
|
Vijayalechumy a/p Sugumaran
|
|
AJK Aktiviti
|
:
|
Lee Jun Yi
|
|
AJK Keselamatan
|
:
|
Yii Ann Hui
|
13.0 Tentatif Program
|
MASA
|
AKTIVITI
|
|
9.30 pagi
|
Berkumpul di kelas Program
Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran dan bergerak ke Hospital Pakar KPJ Kajang
|
|
10.00 pagi
|
Tiba di Hospital Pakar KPJ Kajang Taklimat
daripada pihak hospital
|
|
11.00 pagi
|
Penerangan mengenai terapi pertuturan daripada pihak hospital
|
|
1.00 petang
|
Pelajar berkumpul dan membuat refleksi
|
|
1.30 petang
|
Majlis perasmian dan penutupan serta penyampaian
cenderamata
|
|
2.00 petang
|
Bertolak balik ke Sekolah Kebangsaan Sungai Kantan
|
14.0 ANGGARAN PEMBELAJAAN
|
BIL
|
PERKARA
|
KUANTITI
|
JUMLAH
|
CATATAN
|
|
1
|
Cenderahati
|
2
|
2
|
*mohon dari pihak sekolah
|
|
2
|
Kereta
|
3
|
3
|
*kereta guru pengiring dan
pembantu
|
15.0 PENUTUP
Adalah
diharapkan program ini dapat memberikan pendedahan kepada para murid
kepada sesi interaksi dengan pakar
terapi pertuturan. Dengan berinteraksi dengan pakar terapi pertuturan guru
dapat mengetahui jelas masalah yang dihadapi oleh setiap murid dan cara untuk
membantu murid-murid mengatasi masalah bahasa dan komunikasi. Selain itu,
murid-murid dapat juga mengetahui cara membuat latihan mengatasi masalah mereka
dengan jelas dan mengaplikasikan cara dalam kehidupan seharian. Dengan lawatan
ini murid-murid dapat meningkatkan kemahiran sosial dengan orang lain serta
memperbaiki kualiti hidup dan keyakinan diri. Selain itu, kami mengharapkan
melalui lawatan murid-murid dapat menyampaikan maklumat dengan betul kepada
orang lain dan meluahkan perasaan mereka dengan cara yang betul.
No comments:
Post a Comment