Selamat datang dan salam sejahtera. Nama
saya Tor Lu Yen merupakan pelajar unit P2 dari Institusi Pendidikan pengguruan
kampus Ipoh. Saya merupakan pelajar yang berada di Sem 1 PISMP berjurusan
pendidikan khas. Saya telah membuat blog ini untuk membantu ahli keluarga yang
mempunyai anak-anak berkeperluan khas ataupun masyarakat kita untuk mengetahui
apa itu Terapi Pertuturan serta sedikit infomasi yang lebih tentang bidang ini.
Program terapi pertuturan merupakan satu program yang penting bagi membantu kanak-kanak bermasalah pertuturan dan komunikasi untuk bertutur. Guru pendidikan khas perlu didedahkan proses mendapatkan perkhidmatan,proses pengesanan awal, pengetahuan asas terapi pertuturan agar langkah-langkah yang perlu diambil bersesuaian dengan keperluan murid. Guru memainkan peranan penting mengesan sebarang masalah komunikasi dalam kalangan muridnya. Guru perlu menjalankan ujian diagnostik bagi mengenalpasti tahap dan kebolehan murid untuk berkomunikasi.
Pemantauan
secara berterusan oleh guru terhadap perkembangan komunikasi murid bertujuan
untuk mengetahui tahap murid dan mengenalpasti keperluan murid. Guru atau pakar
terapi pertuturan akan melakukan program-program terapi secara bersistem dan
berjadual, justeru,data-data perkembangan pertuturan dan komunikasi murid
sentiasa diperlukan. Guru juga perlu bersedia melakukan inovasi dan teknik
memberi terapi kepada kanak-kanak bermasalah pertuturan yang memerlukan
perhatian lebih bagi membolehkan mereka menguasai kemahiran bertutur sedikit
demi sedikit.
Murid-murid
bermasalah komunikasi dan pertuturan perlu dibantu. Persekitaran murid-murid
khas juga menjadi faktor penting yang membantu perkembangan
mereka. Guru,ibu bapa, dan masyarakat perlu memastikan
murid-murid ini sentiasa bertutur dan melibatkan diri dalam pertuturan walaupun
cara mereka bertutur itu tidak betul.
Penyebaran
maklumat mengenai terapi pertuturan dalam media massa seperti media cetak dan
media elektronik membantu masyarakat amnya dan ibubapa khususnya yang mempunyai
kanak-kanak bermasalah pertuturan untuk mengambil tindakan yang sewajarnya
membantu anak mereka sebelum terlambat. Seminar-seminar dan kursus-kursus
diadakan bagi membantu ibubapa menimba ilmu tentang bagaimana masalah
pertuturan anak mereka dapat diatasi.
Terapi
harus bermula secepat mungkin. Kanak-kanak yang mendaftar di terapi pada
umur yang kecil (sebelum mereka berumur 5 tahun) akan
mendapat hasil yang lebih baik daripada mereka yang mendapatkan
rawatan pada umur yang besar. Namun ini tidak bermakna bahawa kanak-kanak yang
lebih besar tidak dapat kemajuan dalam proses terapi; mereka hanya akan
bermaju dengan kadar yang lebih perlahan kerana mereka sering
mempunyai corak belajar yang berbeza.
No comments:
Post a Comment