Alatan & Cara pelaksanaan

ALAT-ALAT YANG DIGUNAKAN DALAM TERAPI   PERTUTURAN

Alat terapi pertuturan diberikan kepada individu yang mengalami masalah ketidakupayaan bertutur atau mengeluarkan suara dengan baik seperti berikut:
    i) Kecelaruan perkembangan bahasa
    ii)K0ecelaruan bahasa perolehan
§    Kecelaruan bunyi pertuturan
§    Masalah pendengaran
§    Kecelaruan suara
§    Kecelaruan resonan/ sengau
§    Kecelaruan kelancaran pertuturan
§    Masalah penelanan dewasa/ kanak-kanak (Dysphagia)
§    Kecelaruan deglutasi (feeding)

Antara alat-alat terapi yang biasanya digunakan sebagai terapi pertuturan ini ialah:
·         Wisel
·         Bola ping pong
·         Straw
·         Peniup hari jadi
·         Lilin
·         Kertas
Alat-alat berikut digunakan dengan cara murid membuat aktiviti meniup alat-alat menggunakan mulut bagi melatih pergerakan dan keupayaan mulut mereka. Antara aktiviti terapi yang boleh dilakukan menggunakan alat-alat berikut ialah:
  Meniup belon  dan wisel serta peniup hari jadi
  Meniup lilin yang dinyalakan api
  Meniup bola ping pong dalam bekas berisi air
  Meniup straw di dalam cawan yang berisi air
  Meniup kertas di dalam air.
  Meniup kertas untuk mengeluarkan bunyi seperti wisel.
  Menyedut air menggunakan straw.


Selain itu, banyak alternatif moden yang boleh digunakan untuk mengurangkan atau merawat masalah pertuturan kanak-kanak. Alat-alat bantuan pertuturan ini kebiasaannya disediakan oleh pakar pertuturan di hospital tertentu. Antaranya alat terapi dan kaedah yang digunakan ialah:
 1.    Penilaian awal bahasa dan pertuturan.
Penilaian ini merupakan penilaian asas bagi kanak-kanak yang bermasalah pertuturan dan bahasa.
2.    Set kemahiran mendengar dan bertutur.
Set ini menggunakan alat permainan dan bahan bantu mengajar yang mengandungi langkah-langkah untuk membantu kanak-kanak bermasalah dalam mendengar dan bertutur.
3.    Buku membaca dengan kaedah S.I (dengan latihan).
Teknik membaca dengan latihan yang sesuai digunakan oleh kanak-kanak yang mempunyai perkembangan bahasa yang lewat.
4.    Kad imbas berlamina.
Kad imbas berlamina yang menggunakan gambar-gambar objek di sekeliling kanak-kanak bagi merangsang keupayaan bertutur mereka.
5.    CD clipart.
Gambar objek dan kata kerja yang disedikan dalam bentuk JPEG boleh digunakan untuk menarik minat kanak-kanak dalam pertuturan.
6.    Kad imbas kaedah S.I.
Merupakan kad imbas yang bersaiz kecil dan dilaminakan supaya tidak mudah rosak dan mudah dibawa ke mana sahaja bertujuan sebagai latihan sebutan dan bacaan kanak-kanak pada bila-bila masa dan tempat.
7.    Sticker pelbagai warna dan karektor.
Digunakan sebagai ganjaran dalam pembelajaran.
8.    Aktiviti kraf.
Menggunakan pelbagai alatan seperti kain, kertas warna, butang, manik, tali manik, mata, dawai bunga, gunting pelbagai corak, gam, jarum dan benang bertujuan menggalakkan kanak-kanak sebut dan sentuh.
9.    Hand puppet.
Puppet yang mulut dan tangannya boleh digerakkan untuk merangsang keinginan kanak-kanak untuk bertutur.
10. Finger puppet.
Menggunakan puppet jari dengan watak haiwan untuk membantu merangsang pertuturan.
11. Perisian Dr Speech.
Merupakan latihan dalam perisian komputer yang berbentuk interaktif, tersusun dan mudah digunakan bagi membantu pengeluaran dan pengawalan suara.
12. Perisian nasal view.
Latihan yang digunakan untuk penilaian dan terapi kanak-kanak yang mengalami masalah sengau dalam pertuturan.
13. Five.
Alat pengurut berbateri dengan tekstur berbeza digunakan di kawasan sekitar luar mulut bagi kanak-kanak hiposensitif.
14. Echo Microphone.
Mikrofon yang menghasilkan gema apabila bercakap melaluinya. Alat ini dapat menggalakkan kanak-kanak mengeluarkan suara.


Cara pelaksanaan terapi pertuturan

Melakukan Latihan Senaman Muka
1.     Lidah
a.     Gerakkan lidah ke atas
b.     Gerakkan lidah ke bawah
c.      Gerakkan lidah ke kanan
d.     Gerakkan lidah ke kiri
2.     Mulut
a.     Buka mulut seluas mungkin
b.     Tutup mulut
c.      Buka dan tutup dengan pelahan-pelahan
d.     Buka dan tutup mulut dari pelahan semakin laju.
3.     Muka
a.     Meniru riak muka berdasarkan gambar atau arahan.
4.     Kunyah

Kawalan pernafasan
                Cara pernafasan menggunakan perut
                Tarik nafas kemudian tahan dan hembus
                Tarik nafas ikut hidung atau mulut dan hembus melalui hidung atau mulut.
                Latihan hembus kertas
                Hembus bola kertas ke arah gol
                Minum,sedut dan buat buih air menggunakan straw
                Tiup buih-buih
                Meniup peralatan muzik atau peralatan yang mengeluarkan bunyi
                Tiup wisel mengikut rentak
                Tiup belon mengikut tahap kesukaran

Kawalan suara
                Letak tangan di hadapan mulut
                Letak belakang tangan di bahagian leher
                Sebut fonem /a/i/u/ dalam masa 5 saat/10 saat/ 15 saat/ 20 saat.


  
Cara pelaksanaan pada tahap pra-pertuturan
Pandang mata
     Letakkan permainan berdekatan dengan mata klien. Ia bertujuan agar klien melihat ke arah guru. Jika klien tidak memberikan perhatian, berhenti dan panggil namanya sebelum memulakan aktiviti.
       Hentikan aktiviti sebelum klien kepenatan dan berikan ganjaran jika berjaya.
Vokalisasi
     Bermain dengan bunyi vokal untuk melatih pergerakan otot mulut yang berkaitan dengan pertuturan.
   Apabila klien mengeluarkan bunyi , ulang semula penghasilan bunyi tersebut atau memanjangkan bunyi tersebut sehingga menjadi satu perkataan.

No comments:

Post a Comment