Kekangan atau halangan dalam menjalankan terapi
pertuturan
Halangan
tersebut boleh dibahagikan kepada beberapa faktor.
1. Guru
a. Guru
pendidikan mempunyai pengetahuan yang cetek mengenai terapi pertuturan dan
tidak biasa melakukan terapi pertuturan semasa masa terapi untuk murid
pendidikan khas.
b. Guru
malas untuk menjalankan terapi pertuturan sebaliknya menyerahkan tugas tersebut
kepada ibu bapa untuk dirujuk kepada pakar terapi.
c. Guru
tidak berminat untuk menjalankan aktiviti terapi pertuturan dan menjalankan
terapi lain sewaktu masa terapi.
2. Bahan
a. Ketiadaan
bahan yang sesuai dengan murid boleh menganggu proses terapi pertuturan.
b. Penggunaan
bahan bantu untuk terapi tidak mencukupi dengan bilangan murid atau bahan yang
mudah rosak.
3. Peruntukkan
masa
a. Peruntukkan
masa untuk proses terapi pertuturan yang tidak mencukupi.
b. Terdapat
pelbagai murid yang memerlukan peruntukkan masa yang berbeza untuk sesuatu
aktiviti terapi pertuturan menyukarkan guru untuk mengendalikan proses terapi
pertuturan. (terdapat murid yang berasa bosan menunggu giliran atau menunggu
untuk ke tahap seterusnya kerana terdapat murid yang masih memerlukan masa yang
lama untuk sesuatu melaksanakan sesuatu aktiviti terapi pertuturan).
4. Sokongan
ibu bapa
a. Ibu
bapa tidak mahu memberikan kerjasama untuk meneruskan terapi pertuturan dirumah
sebaliknyan menyerahkan sepenuhnya kepada guru untuk menjalankan terapi
pertuturan.
b. Ibu
bapa tiada masa untuk melaksanakan terapi pertuturan yang diajarkan oleh guru
supaya dijalankan kepada anak-anak mereka semasa berada dirumah.
5. Tingkah
laku
a. Terdapat
murid yang tidak mahu mengikuti aktiviti dalam terapi pertuturan.
b. Murid
mempunyai tingkah laku yang disruptif dan disruktif semasa proses terapi
pertuturan.
c. Tidak
mahu mengikuti arahan daripada guru atau ahli terapi.
Cadangan tentang
Terapi Pertuturan
Terapi
pertuturan akan memberi kesan dengan cepat apabila keyakinan murid-murid
pendidikan khas untuk bertutur itu meningkat. Oleh itu sokongan dan galakan
daripada semua pihak perlu ada agar murid-murid pendidikan khas merasa dihargai
dan tidak dipinggirkan. Setiap usaha mereka perlu dihargai dan bukannya
dipandang rendah walaupun objektif yang ditetapkan itu gagal dicapai
Guru merupakan
individu yang paling dekat dengan Murid-murid khas semasa di sekolah. Guru
perlu memantau dan merekod tahap kebolehan pertuturan setiap murid. Sekiranya
ada murid yang menunjukkan masalah lewat pertuturan,guru perlu mengambil
langkah intervensi dengan kadar segera.Oleh itu guru perlu memantau
perkembangan pertuturan murid. Hal ini penting untuk menjamin keberkesanan
terapi pertuturan yang dijalankan dan tindakan susulan yang bakal diambil
berdasarkan pencapaian murid. Guru juga perlu sentiasa bersedia dengan pelbagai
kaedah terapi kerana setiap murid bermasalah pertuturan memerlukan pendekatan
yang berbeza.
Ibu bapa
merupakan sebuah elemen yang amat penting dalam program terapi anak mereka dan merupakan
sejenis factor membantu kanak-kanak mencapai kemajuan. Kanak-kanak dapat
menamatkan program tersebut dalam masa yang singkat dan mempunyai kesan yang berkekalan
dalam tempoh yang lama adalah kerana penglibatan ibu bapa. Cadangan telah
diberi oleh ahli terapi pertuturan kepada ibu bapa untuk membantu anak
merekaialah dengan membantu anak anda melakukan aktiviti-aktiviti rangsangan di
rumah untuk memastikan kemajuan berterusan dan pengaplikasian kemahiran yang
baru dipelajari. Proses untuk mengatasi masalah bahasa kanak-kanak merupakan
proses yang lama dan semangat, oleh itu, penting untuk ahli keluarga untuk
bersabar dan menimbulkan semangat persefahaman.
Ibu bapa perlu
sentiasa bercakap dengan anak istimewa mereka. Semakin kerap perbualan dan
pertuturan berlaku,semakin banyak input dan perbendaharaan kata yang didengar
dan dikuasai oleh anak mereka. Kanak-kanak istimewa ini memerlukan lebih banyak
perhatian dan kasih sayang daripada semua orang. Oleh itu, ibu bapa perlu
mendengar setiap perkataan yang diluahkan dan jangan memperkecilkan kanak-kanak
bermasalah pertuturan ini kerana hal ini akan melemahkan semangatnya.
Persepsi
negatif masyarakat terhadap murid-murid pendidikan khas yang mengalami masalah
pertuturan dan komunikasi ialah perkara biasa. Masyarakat perlu mempunyai
pengetahuan dan kesedaran akan hak murid-murid pendidikan khas ini
untuk belajar bertutur dan bercakap seperti manusia normal.
Murid-murid masalah pertuturan tidak sepatutnya dipinggirkan dan dilayan
seperti orang asing. Mereka perlu dihargai agar mereka lebih yakin dan tidak
malu untuk berkomunikasi
Kempen
kesedaran,seminar,taklimat mengenai masalah pertuturan yang dihadapi oleh
murid-murid bermasalah pertuturan perlu diadakan dengan lebih kerap lagi. Masih
ramai lagi golongan masyarakat yang tidak mengetahui akan kesedaran untuk
membantu golongan murid-murid bermasalah pertuturan ini. Masyarakat terus
berprasangka dan melabel murid-murid bermasalah komunikasi ini dengan pelbagai
label negatif. Media massa juga perlu memainkan peranan penting dalam
menyebarkan bahan-bahan ilmiah mengenai masalah pertuturan yang dihadapi oleh
kanak-kanak.Blog,laman web dan laman social juga boleh dimanfaatkan sebagai
wadah untuk menyampaikan mesej mengenai masalah pertuturan dalam kalangan
kanak-kanak dan bagaimana kita dapat membantu mereka.
Sumber:
No comments:
Post a Comment